after kelas, rumate aku kasi cerita Aku Masih Dara, arahan ahmad idham....
aku ni dahla jenis x suke tengok citer melayu, tp aku tgk la jgk, nk tau citer ni psl ape...tp at least ade la jugak input yg ingin disampaikan dr citer tu...klu nk komen pasal citer tu mmg t'sgtlah pnjg..tp pengajarannye banyak..
citer ni pasal 3 org kawan yg suke enjoy n cetek agama, yela, klu dorg tau pasal agama xde la die njoy n mnum arak tiap2 malam...then heroin citer ni terasa nk blaja psl agama n die pun folo la firdaus (asyraf muslim) blk kampung blaja psl agama...
bile tgk citer ni, aku terfikir, betapa dahsyatnye org2 kat malaysia skrg ni..moral makin rosak..n dalam babak ni adelah tunjuk ibu dan ayah bergaduh n salahkan pasangan masing-masing sebab anak die jd rosak...yang mane kite tau tugas mendidik ni adalah terletak kpd ibu dan bapa...
so bg pembaca yg mmbace artikel ni, sekiranya mempunyai anak, bakal mempunyai anak, or mengidam nak ada anak, ingatlah tanggungjawab menjaga anak itu tersangatlah penting bagi mendidik dia menjadi insan yang berguna..
bg anak2 di luar sana yang membaca artikel ini, sesungguhnya selagi arahan ibu dan bapa itu tidak bercanggah dengan islam, turutilah mereka...walaupun x suke terima lah dengan hati yang redha kerana ada hikmah disebaliknya..
while the world continues to progress technologically, i swear by Allah faster than it growth in technology, it is retrogressing morally n spiritually...
seperti mana yang pernah dikatakan oleh saidina Muawiyyah," kebaikan pada zaman ini, dipandang seperti keburukan pada yang lalu, akan tetapi keburukan pada zaman ini, akan dipandang sebagai kebaikan pada masa akan datang"
apa yang ingin disampaikan ini adalah lahir pada hati yang takut untuk menghadapi masa yang akan datang, di mana manusia semakin lupakan Allah dan ketika itulah berlakunya hari kiamat di mana Islam hanya tinggal nama sahaja...
oleh itu, sekadar renungan, marilah sama-sama kita menyesal dengan dosa yang kita lakukan, kerana Allah maha pengampun dan maha penerima taubat. seperti satu dialog dalam citer Aku Masih Dara ini, bertaubatlah dengan taubat nasuha, taubat nasuha itu seolah-olah kite ini seperti bayi yang baru lahir suci dari dosa....
di akhir cerita ini, ada babak yang mnunjukkan kazen firdaus ini still enjoy g kelab malam...maka dibacakan terjemahan surah ar-Ra'du...apabila terdengar shj bende ini, mmg aku terus menangis dan sedih, apakah aku mahu menunggu hidayah datang dari Allah atau aku yang mencari hidayah itu
oleh itu sama-samalah kite berusaha untuk mendapatkan hidayah itu. Hakikatnya semua yang kita inginkan tidak akan mungkin datang percuma tanpa diusahakan. “Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri”. surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11…yang paling penting semua itu diusaha kerana mengharap redha Allah..kerana hanya Dia pemberi sebaik-baik balasan