Sunday, January 16, 2011

penyesalan

kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada dosa dan kesalahan dalam kehidupan harian. perkara ini menyebabkan aku bersa gusar dan runsing bagaimana keadaan aku ketika di hari akhirat kelak. adakah aku tergolong dalam golongan yang akan memasuiki syurga atau pun golongan yang memasuki neraka jahanam.

sedang aku membasuh baju, aku terfikir, alangkah indah sekiranya segala dosa yang aku lakukan dari aku baligh sehingga sekarang dapat disucikan dengan sedemikian. bagaimana harus aku lakukan untuk menjauhkan diri aku dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia ini. sekiranya dihitung segala amalan kebaikan aku pada satu hari, dan didarabkan dengan umur hidupku ini, adakah cukup amalan aku ini untuk masuk ke dalam syurga.

adakah solat yang aku lakukan ini sempurna? adakah puasa yang lakukan ini diterima? adakah pahala sedekah yang aku lakukan ini ikhlas dan mendapat keredhaanNya? persoalan demi persoalan bermain di dalam minda ku yang kerdil ini.

"sesungguhnya agama yang diterima disisi Allah itu adalah Islam, redha Allah itu sebagai Tuhan, Islam itu agamaku, dan Muhammad itu adalah nabi dan pesuruh Allah."
Ini adalah ikrar yang acap kali kita lafazkan. sering kali kita ungkapkan. sering kali diingatkan.

mengapakah aku masih tidak sedar kehidupan di dunia ini hanyalah sementara? mengapakah aku masih asyik dengan kehidupan di dunia ini? mengapakah aku masih tidak menjauhi syaitan yang sememangnya musuh yang benar dan nyata? Mengapakah aku masih tidak sedar akan kepanasan api neraka itu, sedangkan kepanasan matahari yang biasa ini sudah mampu membuatku mengeluh, adakah mampu untuk aku bertahan menghadapi api neraka jahanam yang berwarna hitam itu? Adakah mampu untuk aku bertahan dengan seksa dosa di dalam neraka itu.

aku tahu janji Allah itu benar, mengerti adanya syurga dan neraka, yakin dan mempercayai perkara-perkara ghaib itu benar. adakah aku bersedia menghadapi maut yang merupakan perkara paling hampir dengan kita. adakah aku masih tidak sedar bahawa malaikat maut setiap hari menziarahi manusia untuk diambil nyawanya. mengapakah aku masih memandang buta perkara ini. betapa hitamnya hati ku ini dengan kekotoran dosa ku

Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung kepada-Mu, ampunilah segala dosa yang aku lakukan ini, Engkau terimalah aku sebagai penghuni syurga-Mu itu, Engkau berkatilah hidup ku ini, sesungguhnya, Engkaulah Maha Penerima Taubat.

p/s: tulisan ini hanyalah untuk muhasabah diriku sahaja, sama-samalah berdoa agar diberkati kehidupan di dunia ini. amin