Saturday, April 23, 2011

janji!!!!!!

x sabar nk tggu bulan 9,
di mana bondaku akan menunaikan janji manisnya...
yeehaa..
alhamdulillah...

AKAN TETAPI,

kene ikut syarat yang ditetapkan..
mak ai...
ni yang berat sikit ati ni...
syarat yang ditawarkan tersebut..
amatlah berat..
tapi no hal...

as long as
aku dpt bende tu...
hmmm....
best nye bau apple...



tapi aku lagi suke yg ni,



pape pun,
aku mengharapkan bile nk dekat bulan 9..
bende ni yg kat bawah ni da kuar,
sbb aku lg berminat ngn die ni...


p/s:
harap-harap sgt janji manis bondaku ini dimakbulkan
bukanlah aku nk bende ni tuk show off
tp tuk blaja....
da x larat da nk g klas bawa beg
teringin sangat g klas
juz bw bende ni
ngn sebatang pen tuk sign attendence..
nk wat tesis pun senang..

Ya Allah,
aku memohon kepada Mu
agar doaku dimakbulkan..
amiiinnn...

Wednesday, April 20, 2011

merapu!!!!

da lme aku x berblog...
agak lame la...
b4 ni sbb ade assignment, pastu exam..
perhhh...
mmg xde mase tuk berblog...
juz ade mase tuk kuar mkn, blk tgk muvi, on9 bace biter..

sbb skrg ni tga exam..
aku pun xtau nk update ape kat blog...
otak da tepu study STPD yg mmg xde kene mengene ngn kos aku..
yg aku nmpk skrg ni,
juz...
ptolomey, copernicus, thales...
tu je la...

fyi...
aku skrg ni mencebur bidang baru...
disebabkan dulu aku nk bela hamster x bleh..
so skrg ni aku bela hamster lak...
tgk la kat tepi tu...
hamster aku...nme die rin...
klu korg x nmpk, korg refresh blk n make sure korg nye flash bleh pki..
hamster ni nme die Rin..
aku pun xtau apsl aku nk letak name Rin...
xkn la nk letak nme Pythogoras kot...
lantak la..
comel giler hamster tu...

p/s: myb aku ketinggalan zaman kot bela hamster...aku tga try nk bela buaya plak...

Sunday, March 27, 2011

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 25, 2011

QAZAF!!!!

PENGERTIAN QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF

1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud,
seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir
seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum
arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan
lain-lainnya yang boleh menjatuhkah maruah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan
empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk
dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak
80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya
kerana dia adalah orang fasiq.

Sebagaimana Firman Allah Taala yang
bermaksud:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada
perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka
tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,
dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana
mereka itu adalah orang yang fasiq".
(Surah An- Nur ayat 4)

Thursday, February 24, 2011

bersyukur!!!!!

mggu ni aku byk dengar nasyid dalam bilik...
mksd aku, klu nasyid tu jenis yg ade ketuhanan, bkn percintaan...

setiap kali aku dgr,
terase diri aku ni tenang...
seperti yg dikatakan oleh aristotle...
setiap benda akan kembali kepada asalannya..
dan manusia itu asalnya adalah ciptaan tuhan

kita manusia,
walaubagaimana tension n x hepi sekali pun
last skali bile kite kembali kepada tuhan...
akan rse diri ini tenang...

myb certain org x prasan bende ni..
myb tuhan nk die usaha utk mendapatkn nye..
bersangka baiklah dengan tuhan...
Dia mengetahui apa yg terbaik utk seseorg itu..

demi Allah,
bg sesiapa yg try ape yg aku wat ni...
akan rse tenang...

teringt syeikh abg aku name die sulaiman mulla..
die kate,
money can buy house but not home
money can buy bed but not sleep
money can buy everything but not happiness...

sesungguhnya kebahagian tu adalah nikmat dari tuhan..
untuk mendapatkannye...
kite kene mnx ngn Dia...
mngadu dekat Dia...
n bukan putus harapan kat Dia...
n bile da x dapat..
mula lah nk salahkan Dia...
seyesly...
aku mmg pantang ngn jenis org yg mcm ni....

Allah berfirman yg mafhumnya..
dengan kamu bersyukur aku akan tambahkn nikmat yg kamu perolehi itu....

Sebelum terlena!!!!!

BY HIJJAZ

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku


Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
قال جعفر بن محمد عليهما الرحمة
فَلا تَجزَع وإنْ أعسَرتَ يَومًا # فقد أيسَرْتَ في الزّمنِ الطّويلِ
ولا تيـــأسْ فإنَّ اليَـــأس كُفـــرٌ # لعَــلَّ اللهَ يُـغـنِي عَنْ قَليـلِ
ولَا تَــظْــنُـنْ بِـرَبِّـكَ سُــوءَ ظَـنٍّ # فإنَّ اللهَ أوْلـى بــالْـجَمِـيـــلِ


hazrat Ja'far b Muhammad rah.a berkata:
janganlah berasa risau hanya kerana kesusahan yg menimpamu selama sehari, kerana sesungguhnya engkau telah hidup di dalam kesenangan untuk tempoh yg begitu lama..
Jangan pula engkau berputus asa (dari pertolongan Allah sewaktu susahmu) kerana ia adalah tanda kekufuran, mudah-mudahan Allah akan mencukupkanmu (walaupun) dengan rezki yg sedikit...
Janganlah jua engkau menyangka yg buruk-buruk terhadap tuhanmu, kerana yg terbaik bagi Allah hanyalah yg cantik-cantik sahaja...